Sunday, September 30, 2012

CANTIK KE?


cantik sinonimnya dengan perempuan...kacak baru lelaki kan...hihihi
kita yg bgelar manusia ni semua cantik...klu sedar la...
tak ada yg x cantik...
cuma fikiran yg mbezakan kecantikan tu...sbb cantik 2 kan subjektif...
bersyukurlah kita wlu mcm mana pun fizikal kita...
kalau rasa diri tu tak secantik insan lain ingatlah kecantikan
tu merupakan ujian...
sebab cantik la ramai yg akan dengki pada kita...
sebab cantiklah kita mungkin difitnah...relate kan kes Nabi Yusuf A.S...
sebab cantiklah ada antara kita yg akan mendedahkan auratnya...
sebab cantiklah ada yg lupa bersyukur...
bkn ke Allah bagi apa yg kita perlukan...
Allah tahu apa sebaik2nya utk kita...
so, bersangka baik dengan apa yg Allah ciptakan utk kita...

memang ramai yg kata orang yang ala2 mix tu cantik...
tapi ada tak kita kaji berapa ramai memandang cantik 
tu pada purenya muka melayu yg colour sawo matang,hitam manis 2...
sesungguhnya cantik tu datang dari hati yg murni...
bila hati suci terpamer diwajahnya segala kecantikan...percayalah...

+++++
"cantek gila retis si helizaha helmina ni. makin hari makin cantik" sambil mata tetap di majalah colourful tu.


"cantikkan dalaman tu rahsia dia kot. hahaha tu basic. cantik ghupa peghangai tah hapa-hapa orang nampak buruk jugak. tu bahaya." dengan riak selamba ja.

"macam mana nak cantik dalam." mata masih dimajalah. tidak langsung berpaling pada orang yang ditanya.

"suci hati. senang ja."
+++++

tapi nak saya highlight kan kat sini cakap tak semudah nak melaksanakan...
hati nak jaga bukan mudah...nak optismis selalu...husnudzon selalu...memaafkan selalu...tenang...sabar...banyak gilaaa....serious talk...hati ni dah la susah nak dikawal...hati diuji dengan yang paling halus...apa dia yang halus tu...of courese la bisikan azazil...azazil alias syaitan laknatullah...bukan alias nama orang...haha...@=alias=atau...
langkah paling selamat adalah besahabat dan rapatlah dengan orang yang tak suka cari salah orang...yang zuhud...kalau kita rasa kita tak mampu nak gain kita punya muscles husnudzon untuk hati kita sendiri dah tiba untuk kita runtuhkan ego kita untuk minta bantuan orang sekeliling kita...tak perlu la minta tolong official...bersahabatlah...kalau kita berkawan dengan orang macam ni...kita nak marah dia redakan...kita down dia bangkitkan...sometimes 'berisiko' ditegur tingkah kita yang salah dengan berhemeh...berhemah okay....mungkin kita tetap berdepan dengan terasa...tapi nak cuci hati kotor terpaksalah kadang2 terima teguran yang buat kita telan air liur rasa berpasir tu...kalau nak berubah kena istiqamah walau pun payah...macam tak semudah cakap kan? yuppp...
tapi tu bukan alasan untuk tak boleh berubah...

cantik pada pendapat seseorang selalunya berbeza...wallah...
tak payah nk buat surgery segala...sbb orang sekeliling kita yg ikhlas sayangi kita
akan terima kita apa adanya...hihihi

semua wanita mengimpikan seorang laki2 yg baik...
tp perlulah kita ingat...laki2 yg baik memandang seorang wanita dari baik akhlaknya...
tegas dlm prinsip dipegangnya tp lembut pada hatinya...tp lembut bertempat la ye...
ingat...akhlaklah yg mencerminkan kecantikan tu...bukan fizikal...

 bila kita membandingkan apa yg Allah bg pada kita dgn apa yg Allah bg pd org lain
sama la dgn kita ni tak redha dgn apa yg kita terima...

kadang2 yg risau tak cantik sebab nanti tak ada jodoh atau senang cakap tak ada yg nak...
pd saya anda salah...hihihi...kita patut tahu... 
pd diri kita ni tiga perkara yg Allah dah tentukan dan perkara tu takkan terlewat
walau sesaat pun...perkara tu adalah kelahiran, jodoh, dan kematian...
maka jgn la kita bernyesakkan otak nak fikir...
Allah dah susun dah semua tu...siapa, bila kita jumpa jodoh kita tu di tangan takdir...

percayalah janji ALLAHwanita yg baik diciptakan untuk laki-laki yg baik =)


apa-apa pun sekarang ni...jgn selalu compare diri kita dgn org sekeliling kita...
sbb jalan cerita hidup kita berbeza2...hihihi

=MissUglyButAdorable@quote=
"walaupun seseorang itu hidup sentiasa penuh dengan kemaksiatan...
segala yang haram menyelubungi hidup jika dia mahu dia layak bergaul(join)
aktiviti agama...kerana hidayah dari Allah ada dimana-mana...siapa kita
menghalang yang baik...doakannya sentiasa dekat dengan taman-taman syurga."


p/s: kita tak patut rasa diri lagi baik dari orang lain. Kalau kita ada rasa diri kita lebih baik dari semua orang sebenarnya kitalah yang paling teruk saat tu. PALING TERUK!!






AL-QURAN SEBAIK-BAIK RUJUKAN...


Teori Ptolemy yang merupakan ahli falak dan matematik Yunani-Mesir menganggap bahawa planet bumi ini bulat dan tidak beredar .
Sedangkan di dalam Alquran ada menyatakan
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
dalam surah Al Anbiya' ayat 33 . yang bermaksud
"Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya."

Saturday, September 15, 2012

SOAL HATI...

ALHAMDULILLAH...tengok la news paper and tv skrg ni...berapa byk insan yg berhijrah...
ramai bukan...dan tak dpt la nak dinafikan mesti ada yg rasa terpanggil utk berhijrah jgk...betul??
tapi adakah semua orang dapat ubah diri secara drastik mcm mereka...dah tentu tak...
so, dekat sini saya nak share untuk sesiapa yg nak berubah boleh la berubah secara berperingkat...
sesungguhnya perkara baik(berhijrah) 2 tak perlu penangguhan...
tp dalam nak berubah tak salah klu kita ikut step by step...
saya dulu pun waktu budak2 nak ubah diri saya ni susah...
sbb kita tak tahu nak mula dari mana dulu...
tp apa yg dpt saya kongsikan di sini...
saya mula ubah diri dgn armsock(sarung lengan)...
mana saya pergi saya akan cuba istiqamah dgn nya...walaupun pakai baju kurung saya akan pakai armsock 2...ada kawan2 tanya kenapa perlu pakai sedangkan baju kurung 2 kan lengannya dah panjang...tapi saya senyum je...sbb saya tak ada jwpn utk soalan 2 wak2 2...maklum la...budak2...nk explain kenapa mmg tak reti waktu 2...apa yg sy buat tu berlaku sbb hati rasa nk buat...hihihi...sbb pada saya tu bahagian yg saya nak tutup secara istiqamah dulu...lepas tu...
lama2 try nak istiqamah pakai stokin pulak walhal tudung pun tak labuh mana waktu 2...
saya sedar mengenai perkara tu... tp tu la namanya step...
ketika itu saya berpendapat selagi tudung yg saya pakai 2 tudung tak jarang it's ok la...
ingat ye...labuh mana pun tudung yg kita pakai kalau jarang sgt 2 sia2 je...
kepada sesiapa yg belum tahu mengenai perkara itu ingin saya  share dekat sini itu bukan rekaan saya...fikir2 kan lah...
so, klu anda kini memakai tudung labuh yg jarang cari la inisiatif untuk lindung bahagian tengkuk anda 2 contohnya pakai tudung syria di dlm...mmg agak panas pada peringkat awal percubaan... tp percayalah dgn peribahasa 'alah bisa tegal biasa'...
INSYAALLAH...panas dunia 2 tak tara mana orang kedah kata...hihihi...
pernah seorang rakan saya bersuara mengatakan sekarang ni banyak sangat tudung syurga-neraka...mula2 blur jgk la kan...saya pun tanya la apa maksud dia..maksud rakan saya 2 ialah memakai tudung itu pahala tetapi jarang itu berdosa... istilah tudung syurga-neraka ni hanya di guna pakai di kalangan remaja seusia  kami ketika 2...jgn cari dlm kamus dewan sbb memang tak ada....hihihi
seterusnya...
bila dah istiqamah pakai stokin saya cuba menukar kelabuhan tudung ...
now kena praktik istiqamah pasal tudung pulak... ubah sikit-sikit la kan...hihih

sometimes, tengok ada orang pakai tudung sehingga labuhnya tudung 2 mampu menutup tangan rasa macam respect sangat2...mudah-mudahan kita semua akan mengikuti jejaknya...


berkaitan pemakaian armsock ketika pakai baju lengan panjang...


mesti ada yg tertanya-tanya kenapa ada antara kita yg pakai
armsock ni walaupun dalam keadaan lengan panjang mcm 2...ok la...ni saya nak share...
seluruh tubuh insan yg bergelar hawa itu adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan...
jadi apabila terlihat bahagian selain yg disebut itu maka hukumnya adalah berdosa...


in case, klu pakai baju kurung ni kadang2 lengan baju tertarik dan secara autumatik memang akan nampak lengan...sedangkan bahagian sebelum jumpa pergelangan tangan 2 still auratkan...
maka, selagi ada inisiatif untuk tutup lengan 2 bila berlaku perkara mcm ni...kita kenalah usahakan...tak adalah rumit sangat sbb armsock sekarang ni senang nak dapatkan...
sekarang ni soalnya hati...antara nak dengan tak nak je...tp nak diingatkatkan...
elakkan memakai armsock klu pakai baju lengan pendek sbb ia ketat...
ingatlah...pakaian ketat itu juga dilarang...saya mengingatkan diri sendiri jgk ni...hihihi

di kesempatan ini...nak jugak saya jadi motivater kepada anda2 yg mengalami halangan nak berubah berpunca dari rakan2 misalnya...
tak dapat dinafikan...ada suara2 yg menyuarakan bahawa kita ni buang tabiat ke...
lebih teruk ada yg cakap kita ni dah nak mati ke tetiba berubah...2 yg perit sikit nak berubah...tapi jadikanlah kata2hikmah seperti 'mengapa mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis' sbg peniup semangat utk terus berubah kearah yg lebih baik...
ignore je klu ada suara sumbang tu... 
tp alangkah bagusnya klu anda mampu menjawab dengan cara berhikmah sehingga mampu mengajaknya berubah sekali seperti anda...
contohnya;  
1. kenapa nak tangguh kalau buat benda baik...
2. selagi ada kesempatan ni la nak berubah...
3. Allah dah tunjuk jalan...maka hati mengarah kepada jalan itu...
AND SO ON  yg sesuai la.....
sesungguhnya orang yg sedang berhijrah kearah kebaikan dgn hati yg ikhlas, apabila dia mati ketika sedang berusaha mengikut perintah Allah...maka matinya dikira mati syahid...

sama-samalah kita berhijrah dan belajar utk istiqamah

=MissUglyButAdorable@quote=
"muslimah dengan perempuan itu sama tetapi tidak serupa"

renung2kanlah,selamatberamal :)










Sunday, September 9, 2012

KAWAN VS SAHABAT


bila sebut kawan dengan sahabat semua orang akan menganggap ianya serupa...
tapi sebenarnya pada pendapat saya sebaliknya...

===>kawan<3
 mudah dimiliki kerana cukup sekadar mengetahui namanya sudah boleh dikategorikan sbg kawan....
tak perlulah bersusah payah untuk dapatkan kawan...
dalam masa beberapa minit sahaja usaha untuk memiliki kawan tu kita boleh dapat...
dalam mencari kawan tak perlu banyak usaha...
cukup dengan ringankan mulut...
tanya la "assalamualaikum, awak ni nama apa..nak kenal boleh"...
bila si dia jawab terus la korang di kira kawan...betul tak...hahaha
betul atau tak, itu hak masing2 nak nilai...hahaha

===> sahabat <3
Ya Allah...
payah beno nak dapatnye...berkorban bukan takat mulut kena ringan tau...
 nak dapatkan sahabat jiwa kena tabah bukan kepalang...hihihi
sebab dalam mendapatkan sahabat perlukan masa yang panjang...
sebelum jumpa sahabat kita selalunye akan jumpa kawan...
sahabat ni adalah saudara yang mengenali kita bukan sekadar nama...
tapi saudara yang tau apa kita suke...apa kita tak suka...haha
serba-serbi pasal kita ada dalam otak dia la senang cakap...
sahabat akan dorong kita kearah yang baik-baik je...
sahabat selalunye orang yang ikhlas mencintai kita dalam persahabatan...
tak mudah nak dapat sahabat ni...
kerana dalam menemui seseorang yang bergelar sahabat ni,
kita sendiri kena cuba untuk jadi seorang sahabat kerana persahabatan bukannye sebelah 
pihak je jd sahabat dah boleh kata "inilah persahabatan"....haha
banyak orang yang bersahabat telah diduga macam orang bercinta...
perkara ni berlaku apabila khilaf insan bergelar manusia terhadap hasutan syaitan...
persahabatan yang dibajai dengan niat mencari redha Allah,
menemui badai setelah disuntik virus oleh syaitan dihatinya...
tetapi boleh dirawat jika kita sentiasa berdoa Allah memelihara kita...
ingatlah... bahawasanya orang yang bersahabat kerana mencari redha-Nya
akan dikasihi Allah Ta'ala...



RINGKASAN DARI IHYA' ULUMUDDIN KARANGAN IMAM AL-GHAZALI

*PILIH SAHABAT YG:
APABILA KAU HULURKAN TANGANMU UTK M'BANTU,
DIA SUKA TERIMA DGN RASA T'HARU,
JIKA M'LIHAT KEBAIKAN DLM DIRIMU DIA SUKA M'HITUNGNYA,
& DIANGGAPNYA SGT B'GUNA,
SEDANG JIKA DIA M'NGETAHUI KEBURUKAN DR DIRIMU DIA MENUTUPI...

KALAU KAU M'MINTA S'SUATU DARIPADANYA, PASTI DIA BERI,
JIKALAU KAU DIAM, DIA MENYAPAMU DAHULU &JIKALAU ADA S'SUATU KESUKARAN 
SERTA KESEDIHAN YG M'NIMPAMU, DIA M'BANTU, M'RINGANKAN DAN M'HIBURMU...

JIKALAU KAU B'KATA DIA SELALU M'BENARKAN(PERCAYA) UCAPANMU,
JIKALAU KAU M'HADAPI PERSOALAN YG BERAT DIA M'BANTU HADAPINYA,
&JIKALAU KAU B'SELISIH FAHAM DGNNYA DIA M'NGALAH UTK K'PENTINGANMU...

SAIDINA ALI R.A BERKATA:
"SAUDARA YG SEBENAR IALAH ORG YG ADA DI SAMPINGMU,
DIA SUKA MENERJUNKAN DIRINYA SENDIRI DLM BAHAYA DEMI KEMANFAATANMU"...